Pusat Latihan Dakwah Keningau. Design For 2010.
Pusat Latihan Dakwah Keningau

Pusat Latihan Dakwah Keningau merupakan sebuah institusi latihan dan pendidikan.  Pada awal penubuhannya, ia disasarkan kepada saudara baru kemudian dinaiktarafkan kepada sebuah institusi yang bertanggungjawab melahirkan kader-kader dakwah di Negeri Sabah.

Pusat Latihan Dakwah Keningauini mula beroperasi pada 10hb Oktober 1979 di bawah kuasa pentadbiran Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS).  Pada tanggal 1hb Jun 1984, Pusat Latihan Dakwah Keningau telah diserahkan sepenuhnya kepada Kerajaan Persekutuan dan diletakkan di bawah pentadbiran Bahagian Hal Ehwal Islam Sabah (BAHEIS) pada masa itu. 

Lantaran peranannya yang sangat penting itu Pusat Latihan Dakwah Keningau mula dikenali diseluruh Sabah.  Kini hala tuju Pusat Latihan Dakwah Keningau lebih mencabar dalam menempuh era globalisasi. Serentak dengan itu Pusat Latihan Dakwah Keningau telah melangkah setapak  kehadapan untuk menaiktaraf pengajian ke peringkat setanding dengan keperluan semasa iaitu dengan melaksanakan kursu peringkat DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM dan DAKWAH dengan kerjasama Institut Kemahiran Malaysia Sarawak (IKMAS) di bawah kelolaan dan seliaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Cawangan Sarawak.
..............................................................................................................

OBJEKTIF

1.  Membimbing, mendidik dan melatih peserta kursus supaya mengamalkan ajaran Islam yang sebenar.
2.  Melahirkan kader-kader dakwah yang dapat menjadi contoh dan teladan kepada masyarakat.
3.  Memberi bimbingan kemahiran hidup seperti Jahitan, Masakan dan Teknologi Maklumat.
4.  Membantu dan bekerjasama dengan badan-badan dakwah setempat.
..............................................................................................................

FUNGSI

1. Menyediakan kursus dan latihan jangka panjang kepada pelatih selama 1 - 2 tahun bagi PERSIJILAN dan DIPLOMA
2. Menyediakan tempat dan kemudahan untuk kursus-kursus jangka pendek dari agensi-agensi lain.
3. Menyediakan kemudahan-kemudahan asas seperti tempat tinggal dan makan minum kepada peserta kursus.
4. Membantu aktiviti-aktiviti keagamaan kepada agensi dan institusi setempat.
5. Membantu meluaskan aktiviti dakwah JAKIM cawangan Sabah
..............................................................................................................
PUSAT LATIHAN DAKWAH KENINGAU
BEG BERKUNCI NO. 12
89009 KENINGAU,
SABAH
TEL: 087-331868 FAX: 087-336087
HADITH HARI INI

Muka Depan    |     Utusan Pengetua     |     Pentadbiran     |      Persijilan     |     Diploma     |    MPP